MESTI KLIK

Followers

Tuesday 28 February 2012

FORUM

Wednesday 1 February 2012

ISL 2 UJIAN KEMAJUAN


BMM 3103 -

Friday 13 January 2012

Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-

i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor

Domain Krathwohl

 
Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1. Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2. Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

5. Perwatakan
Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.

Thursday 12 January 2012

PENTAKSIRAN,PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Hari ini saya nak berkongsi ISL 1 yang telah disediakan oleh kumpulan saya...


Monday 9 January 2012

TAJUK-TAJUK BMM3103

 
Pertama sekali, jom kita berkongsi mengenai tajuk-tajuk yang terdapat di dalam kursus ini. Di harap dengan adanya tajuk-tajuk ini, kita akan dapat mencari nota dan bahan rujukan secukupnya sebelum mempelajari setiap tajuk. Persediaan awal tu penting yer..haha..
 

p/s :maaf la...gambar jer mampu..xmampu nak upload dari microsoft words terus...

Sunday 8 January 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...